CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Few of us write great novels; all of us live them. ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960

Friday 29 March 2013

Something that shines..

Dear friend
Distance made you and me far apart
We were good
We talked a lot
We laughed, we smiled, we cried together
I even remembered that one time, my tears dropped on your cheek
When you lie down on my lap

Time went by
First, you're one step higher from me
I was trying to keep up
But later I realized there's no way for me to reach you
Because,
That one step you took,
Was a very big step..

Now,
I only can watch you from the sideways
Happy that finally you've met your true love
How a fine woman you have become
Truly,
I am happy for you

May ALLAH be with you..always


Rasa syukur

*shared from Islamic Quotes' photo
Syukur bukan sekadar pada ucapan 'Alhamdulillah', tetapi perlu lahir dari hati, dan ditunjukkan melalui perlakuan. Saya mula berfikir..mungkin segala rasa susah hati dan berat kepala yang saya lalui sekarang ni, adalah disebabkan saya kurang bersyukur kepada yang Maha Esa. Menjadi baik bukannya susah, tetapi untuk mengekalkan kebaikan itu yang mencabar. Manusia sering terleka dengan dunia. Hari ini kita boleh berazam, untuk memperbanyakkan amal kebaikan, tetapi pada hari esok, amat sukar untuk mengekalkan niat dan usaha yang baik itu. 

Pernah membandingkan diri dengan orang lain? Saya pernah, malahan selalu begitu. Mungkin itu silapnya. makin saya membandingkan diri dengan orang lain (mereka lebih baik,sedangkan saya tidak), semakin 'low' dan 'moral down' saya dibuatnya. Membandingkan diri saya dengan orang lain yang 'better' in their life sedikit pun tidak membantu saya. Saya semakin sukar berfikir positif. Mungkin saya boleh ubah pemikiran saya dengan cuba membandingkan apa yang ALLAH telah berikan kepada saya berbanding mereka yang kurang bernasib baik. Sebagai contoh, 
  • walaupun kereta saya tidaklah semahal dan semewah mana, namun jauh lebih baik dari mereka yang berbasikal dan berhujan berpanas di luar. 
  • cemburu melihat si fulan sudah berkahwin dan mempunyai anak2 yang comel? tak mengapalah, mungkin kalau saya berkahwin sekarang, saya mungkin akan menghadapi masalah yg tidak diduga. Mungkin ALLAH mahu menguji setakat mana kesabaran saya. Jadi saya perlu jadi kuat. Malu lah kalau tak kuat kan?
  • gaji saya mungkin tak sebanyak teman-teman yang lain, tapi jauh lebih baik dari teman saya yang belum bekerja lagi..
Kadang-kadang , kita kurang berbicara dengan hati kita. Mungkin kita boleh mendapatkan idea-idea yang sangat bernas, if we open our hearts into it. ;)

Wednesday 23 May 2012

What I Really Like

Siapa suka anime angkat tangan? ME!! Saya memang SANGAT suka pada anime. Walaupun saya bukanlah otaku yang tahu semua jenis anime yg ada, tapi saya sangat suka. Sebab selalunya, jalan cerita dalam sesebuah cerita anime itu, lebih senang disampaikan, dan lebih senang difahami. Lebih2 lagi, kalau anime tu cantik  dan kiut hehe. Anime memang menjadi trademark bagi negara Jepun. Secara tidak langsung, saya memang sukakan Jepun. Mnyokong 'Dasar Pandang ke Timur' katakan hehehe. Begitu juga dengan kebanyakn drama bersiri Jepun 'JDorama'. I'm more fond of Japanese Drama compared to Korean. Maybe it's because of their expressions more to anime, i think. And they really are cute! Masa saya kecik2 dulu, saya selalu prasan muka saya macm org Jepun hahaha.Prasan betul ;D


Saya mula berjinak-jinak dengan anime masa sy berusia 12 tahun kut..it started with my sister. zaman2 90-an dulu mana ramai org pakai laptop lagi kn, jadi masa tu kalau ada desktop, dah cukup bgus dah. i still remember, the first anime that she brought home was 'Rurouni Kenshin'. Kenshin sangat cool tau! But sebenarnya sy xpernah mghabiskan siri tu. selalu tgk smpai die lawan dgn Shishio, tuje hoho

<<< Bila Kenshin buat muka macam ni, memang kiut!


My second anime is 'Ushio and Tora'. Tu pun xpernah tgk habis lagi hehe.But then, bila dah ada Astro, lagi la saya seronok. Masa tu AXN ada siarkan anime2..yang paling saya suka waktu tu adalah 'SLAM DUNK'. My sis and me suka sangat tengok watak Hanamichi Sakuragi hehe. Through that anime, I've learn that everyone is special..and everybody can discover their own true talent deep within themselves if they strive for it :) hoo gud2 hehe. Selain Slam Dunk, banyak lagi cerita2 lain, tapi yg saya ingat, 'Ayashi No Ceres' and also 'Ranma 1/2'. But in my opinion, Ayashi no Ceres tu xde mesej sangat, and Ranma 1/2 to me not suitable for children underage la huhu.


Eh masa tu TV2 pun selalu siarkan cerita2 anime juga, macam Dragon Ball, Sailormoon, Cardcaptor Sakura, Wedding Peach and etc etc etc..tapi masa tu, saya xterbuka pula hati ni nak melayan cerita2 tu, sebab selalunya ditayang pada hari Ahad sahaja..sedangkan hari Ahad tu sekolah. hehe tapi i still remember one of my friends yg sanggup ponteng sekolah sebab nak tengok Dragon Ball hehe."Yang sebenarnya..Dragon Ball..ada 7 biji semuanya" haha ;D


Bila dah ada channel baru 'ANIMAX' yuhuu..lagi la saya seronok! hehe. Cerita apa yg saya dah tengok? Kat situ saya dah tengok cerita Keroro No Gunso, Chibi Maruko-chan, K-On!, Narurihyon no Mago, Honey & Clover, and banyak lagi. Tapi yg paling sy suka tengok kat Animax adalah 'Fullmetal Alchemist: Brotherhood'. This is the first anime yg sy dapat download habis. sama juga dengan 'Bleach'. I was in love in Bleach when i was in my sophomore year, accidentally watch it on Youtube hehe. But the series have been stopped already..maybe nak bagi manga jalan dulu kut huhu. But the adventures in the story were great! Walaupun Ichigo pasti akan menang, still enjoyable to watch! ^^





Fullmetal Alchemist: Brotherhood to me is a very meaningful story. Sy boleh tengok siri ni banyak2 kali tanpa jemu pun. At first, cerita ni macam a little bit ganas jugak la coz ada part perang2 (yang kepercayaan pelik tu xboleh taksub la kan). Bagi sy nilai kemanusiaan dalam anime ni boleh dijadikan pengajaran jg. Plus, the cartoon side of Ed and Al is soo cute! itu yang penting hehe. Part paling sedih dalam anime ni, saya rasa masa Lt. Colonel Hughes mati..sedih3x..everytime tengok, everytime tu juga la sy nangis huhu. Sy x pernah tengok 'Fullmetal Alchemist', tp based on sinopsis yg sy baca, mcm sush nak faham je. so to me, FMAB is still the best ever! v(^^)v

My all time favourite, 'Detective Conan'! I think this is the only cerita yg sy mula suka from manga. Since i was in Form 4, selalu sangat beli Conan. Sesiapa peminat Conan mesti akan jatuh cinta dengan Kudo Schinichi kan2x? Ada one of my friends pun peminat Conan juga. Dia pernah cakap, sesiapa yg nak kahwin dengan dia, kena sediakan hantaran semua edisi komik Conan hahaha. Memang betul la kami teenagers masa tu hehe ;D

Sekarang sy tengah berusaha untuk mendownload 'Cardcaptor Sakura'! Why? Sebab sy rasa Sakura and Shaoran sgt cute. And ceritanya sgt interesting in every episod. Masa sy kecik2 dulu, sy x minat sgt cerita ni. Tapi bila sy tengok cerita 'Tsubasa Chronicles', sy jadi sgt tertarik dengan jalan cerita yg CLAMP buat. Sgt kreatif mereka ni. As far as I know, ada 2 cerita mereka yg watakny saling berkait; 'Tsubasa Chronicles' dan juga 'XXX Holic'. Dalam cerita Cardcaptor Sakura, memang wataknya sama, tapi dunia yang berbeza. Sesiapa yg tengok Cardcaptor Sakura pasti akan tertarik dengan Kero-chan, bestnya kalau dapat plushie macam dia hehe ^^

oh ya, jgn dilupakan 'Fruits Basket'.a friend had introduced the story to me. it started off with Kreko/Arena (which one i forgot already) during my matrix year. (i'm so into sci-fi btw ;D )Ceritanya cute, agk sweet, tragis pun ad juga sikit2.tapi sweet tu yang penting, especially between Tohru dan Kyo hihi

That's it! There goes the story of my obsession haha. Not truly obsess sbnrnya, it's juz something that i like. Sometimes, most people will think 'alah dah besar panjang pun tengok katun lagi' but it's not just cartoon, it is a story. Kalau cerita manusia betul, macam banyak sangat dramanya. Kalau kartun,animation or anime, 1/2 hour pun dah settle kan2? Sampai bila obsesi ni akan berterusan?wallahu a'lam..








Monday 21 May 2012

Gerak Hati

Dah lama saya xmenulis blog ni. Sebenarnya, saya bukanlah blogger tegar pun, saja mau berjinak2 dalam dunia penulisan maya. Insiden yang berlaku kelmarin, mendorong saya untuk menulis entri ni pada hari ini. Tajuk hari ini adalah; Gerak Hati.. (bukan Gerak Khas okeh? ;)

apakah itu gerak hati? Hati yang tergerak? ataupun dan lain2? Sebelum kemalangan yg berlaku kelmarin (fyi, saya telah menyusahkan ramai manusia pada ketika itu, dan itu sangat tidak menyedapkan hati saya), saya rs serba x kena. Duduk, berdiri, baring..semua x kena. Smpai dalam perjalanan pun, saya rs x fokus. xtau adakah itu disebabkan kepenatan yg dialami dek kesibukan kerja pada minggu ini, ataupun ada sbb lain. selepas kejadian itu berlaku, baru saya terfikir.."ooh..ini mungkin apa yang ALLAH nak tunjuk rupanya.." Alhamdulillah saya dan rakan2 smuanya selamat. Tapi saya tetap berasa bersalah kepada mereka, sbb telah mgspoilkan hari itu..

apa yg berlaku,mungkin kifarah dosa2 yg telah banyak saya lakukan sebelum ini..Mungkin segala kesedihan, pahit, jerih ini pun, kifarah dosa kn? Semoga ALLAH mgampuni segala dosa2 yg telah sy lakukan. Namun sy tetap bersyukur kerana sy masih lg bernyawa pd saat ini. Smg sy dapat berubah, menjadi hambaNya yg baik. Sementara diberi peluang, sy ingin mghargai apa yg sy ad, sebelum sy kehilangan mereka..benarlah..dunia ini hanya pinjaman yg ALLAH berikan kepada kita. Tapi seringkali kita lupa akan hakikat itu. dan seringkali kita menganggap, seolah-olah dunia ini adalah yg selama2nya..sedangkan akhirat itu yg pastinya,kekal abadi..

Wednesday 12 October 2011

jual ikan = selfish...

I've been watching drama bersiri 'Soffiya' at TV3. The story line is quite nice, sebab all this while, jarang sangat layan drama Melayu. When came to part En. Kamal's daughter, Fiona, I thought "ish, really selfish la this girl". The character is an arrogant, rich girl who wants all the love and attention in the world (not from everybody actually, juz from his father and bf). But then she treats other people sooo evil. Hish, geram3x..

When talk about selfish, we often see this everywhere,anytime around us. I notice this recently when I was with my friend in her car. A lot of people in this city, is quite selfish on the road. People with cars (normally) won't see other people with motorcycles or pedestrians.Why ya? hope Malaysians will be more considerate towards other people on the road..peace!

But sometimes, it cannot be helped, we, me, myself, juga pentingkan diri..which maybe we didn't realize,in certain circumstances, with certain people, which when i realize..i regret of doing it..

Monday 3 October 2011

Erti syukur...

Manusia sering saja terlupa untuk bersyukur kepada Tuhan yang Maha Pencipta, yang memberikan kita segala nikmat, rezeki dan kesenangan yang ada di dunia ini.. Di saat kita kesusahan, hanya padaNya kita memohon pertolongan, mohon diberikan itu dan ini. Apabila keinginan itu dipenuhi, kita sering terlupa untuk mengucapkan syukur kepadaNya. Namun, apakah erti syukur itu hanya pada ucapan semata? ALLAH itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Walaupun kita sering melakukan dosa, alpa, lalai dan leka di dunia yang penuh tarikan ini, ALLAH tidak pernah memutuskan segala nikmat dan rezeki kepada kita. Seringkali diri ini malu..patutkah kita terus-terusan melakukan perkara-perkara yang tidak disukaiNya? Sedangkan kita seharusnya bersyukur kepadaNya, melalui lidah, hati dan perbuatan, bukannya sekadar mengucapkan Alhamdulillah semata.. Semoga kita semua termasuk di dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur.. Amin..

Saturday 1 October 2011

The Start of Something New...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Life..mystery isn't it? Yup,few of us write a great novel,but all of us live them. Manusia mempunyai banyak kisah..lain orang,lain ceritanya. Lihat saja disekeliling kita. Pengalaman menjadikan hidup seseorang itu bermakna, dalam definisi 'bermakna' mereka yang tersendiri, yang mana bila dibacakan kisah itu, ianya menjadi novel yang hebat, dapat menarik minat sesiapa saja yang sudi mendengar. Namun,kita hanya pelakon-pelakon, yang dijadikan untuk menjalani hidup di atas muka bumi ini,berdasarkan skrip yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT sejak azali lagi. All of us are looking for happiness in life, walaupun misi dan cara mungkin berbeza, tapi itulah matlamat yang satu; mencari kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, mencari redha yang Maha Pencipta. Sedar atau tidak, ketenangan itulah yang dicari..